R15 v3 malaysia
Sejak awal tahun 2018, kita dengar khabar angin kemasukan model baharu Yamaha R15 versi 3 ke Malaysia, Ternyata Yamaha sudah mendengar kehendak penguna dan peminat2 R15 di Malaysia.
Pada 28 Julai 2018, Pihak HLY telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu sebuah motorsikal berkapasiti 155cc yang bernama YZF-R15 Versi 3 di Malaysia dengan harga RM11,988.
Model ini dilengkapi teknologi terbaharu iaitu VVA (Variable Valve Actuation) yang membolehkan motorsikal ini dipandu dengan penuh tenaga yang terhasil daripada sistem VVA ini. Secara asasnya sistem ini sama seperti V-tec. Motorsikal ini mempunya 2 profile Intake Camshaft (Low-Cam) & (High-Cam). Pada RPM enjin dari 1000-7300 ianya mengunakan Low Cam, Pada RPM 7400-13000 ianya mengaktifkan sistem VVA yang membolehkan pertukaran ke High-Cam. Jika kita lihat graph dibawah, jelas menunjukkan sistem VVA ini amat membantu motorsikal ini menghasilkan (Output power) yang lebih tinggi.
admin juga salah seorang penguna R15 V3 ini, pada awal October 2018 admin telah membawa pulang motosikal ini dari dealer Yamaha yang terletak di Petaling Jaya, Harga yang ditawarkan amat tinggi di kawasan ini sehingga RM13,9xx. First impression admin menungang motorsikal ini bagaikan sebuah motosikal berkuasa tinggi kerana saiznya amat lebar dan panjang. Motosikal ini didatangkan dengan sistem (Assist & Slipper Clutch) yang amat menakjubkan. A&S clutch ini amat membantu penunggang ketika menurukan gigi gear dalam keadaaan RPM enjin yang tinggi, tanpa membuatkankan tayar belakang terkunci dan hilang kawalan. Selain itu daya yang diberikan untuk menarik cluth amatlah minima (Satu jari pun boleh). Spesifikasi tayar pula sama seperti Yamaha R25, Depan bersaiz 100/80 dan belakang bersaiz 140/70, Pada admin suspensi yang dibekalkan pada motosikal ini di bahagian hadapan USD Fork berwarna Gold and di bahagian belakang pula adalah Monocross amat terbaik dikelasnya. R&D gearbox 6 kelajuan ini amat diperlukan buat perjalanan jauh serta penjimatan minyak. Setelah membuat kajian tentang motosikal R15 ini, admin yakin dengan ruang tangki R15 boleh diisi sebanyak 11-Liter petrol, boleh menjangkau sejauh 500Km tanpa ragu2. Didatangkan dengan Brake disk di bahagian hadapan yang berdiameter (282mm) dan belakang tanpa ABS pada sistem brek ini. Pada pendapat admin teknologi pada Era ini, seharusnya Yamaha meletakkan ABS pada sistem brek motorsikal mereka.
Spesifikasi R15 v3
Bahagian yang terbaru diberikan dari Yamaha
Hazard Light (Lampu Kecemasan)
Lampu belakang LED
Lampu Hadapan LED
Panel Digital
Swing-arm Aluminium
USD Front Fork
282mm Front Disk
Sejujurnya motosikal ini amat sesuai untuk penunggang yang baru berjinak dalam kategori Sport bike sebelum beralih pada motosikal yang ber CC lebih besar.
Comments
Post a Comment